My Add

Sunday, 27 October 2013

MaGIC dicadangkan letak di bawah SME Corp

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Oktober, 2013: Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Msia (Komita) mencadangkan kerajaan untuk meletakkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di bawah SME Corporation Malaysia (SME Corp).

Presiden Komita, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, cadangan itu bagi memastikan tiada pertindihan kepentingan dan memudahkan rakyat terutama golongan muda berurusan serta mendapat bantuan keusahawanan.

"Kita yakin pengalaman SME Corp sebagai pusat sehenti dalam membangunkan usahawan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) yang telah terbukti berjaya.

"SME Corp mempunyai infrastruktur yang menyeluruh, pejabat cawangan di setiap negeri dan pegawai yang cukup terlatih bagi merealisasikan hasrat melatih 5,000 usahawan muda setiap tahun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2014 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan menjadikan MaGiC sebagai pusat sehenti keusahawanan yang memantau prestasi usahawan, mempunyai pangkalan data bersepadu, menyediakan pusat inkubator, pendaftaran dan paten harta intelek, prasarana pembiayaan, padanan perniagaan, bimbingan, kaunseling serta latihan.

Menurut Sheikh Ahmad Dasuki, pihaknya juga amat mengalu-alukan cadangan dalam Bajet 2014 untuk mewujudkan Pusat Pembangunan Usahawan Kebangsaan di bawah Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan bagi melaksanakan pelan pembangunan usahawan serta merancang dan menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment