RM1.17 bilion bantu kebajikan rakyat
JERAI, SABTU, 26 Oktober, 2013: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membelanjakan sebanyak RM1.17 billion sehingga September tahun ini kepada seramai 498,991 penerima di bawah skim bantuan kebajikan masyarakat.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, bagi negeri Kedah, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM117.33 juta kepada 35,596 penerima bantuan.
Menurutnya, bagi jumlah tersebut sebanyak RM3.9 juta dibelanjakan untuk daerah Yan sehingga Oktober tahun ini melibatkan 1,681 penerima.
"Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pula kita telah mengagihkan bantuan kepada 710 penerima dengan jumlah RM1.6juta.
"Bantuan yang disalurkan ini melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), orang tua, pesakit terlantar dan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Nur Kasih, Sungai Limau Dalam dan menyampaikan 100 basikal kepada pelajar sekolah serta elaun kanak-kanak khas PDK bagi Daerah Yan.
Sebelum itu beliau turut menyampaikan bantuan kepada kepada golongan orang tua dan pesakit terlantar menerusi program Bantu di Rumah atau Home Help Serives bersama sukarelawan.
Rohani memberitahu, bantuan yang disalurkan itu diberikan secara bulanan dan penerima akan menerima sebulan lebih awal bagi mengelak berlakunya kelewatan.
"Kita sentiasa prihatin dengan memberikan bantuan kebajikan kepada seluruh rakyat yang memerlukan tanpa mengira latarbelakang termasuklah fahaman politik," katanya. - UTGUSAN
No comments:
Post a Comment