Tahap kesedaran harta intelek masih rendah
KOTA BHARU, AHAD, 27 Oktober, 2013: Tahap kesedaran rakyat negara ini terutama dalam kalangan peniaga mengenai hak mereka untuk mendapatkan perlindungan harta intelek masih lagi rendah.
Pengarah Kanan Bahagian Cap Dagangan, Abdul Aziz Ismail berkata, sehingga September tahun ini, sebanyak 30,748 syarikat membuat permohonan untuk mendaftar dengan 12,243 adalah syarikat tempatan dan selebihnya 18,505 adalah syarikat asing.
Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan pengusaha asing lebih menyedari kepentingan mereka mendapatkan perlindungan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan Cop Dagangan berbanding syarikat atau pengusaha tempatan.
"Segelintir usahawan di negara ini masih tidak faham apa yang dimaksudkan dengan harta intelek yang berfungsi untuk melindungi produk serta perkhidmatan.
"Oleh itu, pendedahan serta kesedaran mengenai kepentingan harta intelek ini sangat penting dalam membantu usahawan untuk mengorak langkah sebagai usahawan berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kesedaran Harta Intelek anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment