My Add

Sunday, 27 October 2013

Polis maut ketika tahan penunggang motosikal

JOHOR BAHRU, AHAD, 27 Oktober, 2013: Seorang anggota polis berpangkat Konstabel maut selepas terjatuh daripada motosikal ketika cuba menahan seorang penunggang motosikal di Jalan Loo Hong Jung, Pandan di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Wahib Musa berkata, ketika kejadian pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Jucille Juin, 23, bersama seorang lagi anggota sedang meronda di kawasan berkenaan apabila terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota tersebut cuba menahan suspek berusia 21 tahun yang enggan memberhentikan motosikal menyebabkan motosikal mangsa dan suspek bergesel sebelum mangsa terjatuh dan melanggar tiang lampu jalan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment