My Add

Sunday, 27 October 2013

Turki cadang beli sistem antipeluru berpandu

ANKARA, AHAD, 27 Oktober, 2013: Turki hari ini berkata, ia telah membuka tawaran baru berhubung cadangannya untuk membeli sistem antipeluru berpandu jarak jauh pertamanya.

“Tawaran ini masih dibuka. Jika syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi tawaran yang lebih baik, kami bersedia berunding dengan mereka," lapor akhbar Turki yang memetik, Menteri Luar, Ahmet Davutoglu.

Bulan lalu, dalam usaha memberi tekanan kepada sekutu-sekutunya dalam NATO, terutama AS, Ankara mengumumkan bahawa ia telah mengadakan rundingan dengan syarikat China, Precision Machinery Export-Import Corporation (CPMIEC) untuk membeli sistem antipeluru berpandu jarak jauh dari syarikat itu.

AS berkata, ia memberi perhatian berat terhadap rundingan Ankara dengan China itu yang melibatkan kos bernilai AS$4 bilion (RM12.8 bilion).

Sejak beberapa dekad lalu, AS telah mengenakan beberapa sekatan ke atas syarikat China itu kerana menjual senjata dan teknologi peluru berpandu kepada Iran dan Syria.

CPMIEC, yang membina sistem peluru berpandu HQ-9, menewaskan saingan daripada rakan AS, Raytheon dan Lockheed Martin, syarikat Rosoboronexport dari Rusia, dan konsortium Itali-Perancis, Eurosam dalam bidaan itu.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu lalu mempertahankan keputusan untuk mengadakan rundingan dengan syarikat China itu.

“Tiada sesiapa berhak untuk campur tangan dalam keputusan (Turki)," katanya. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment