My Add

Saturday, 26 October 2013

Wartawan China yang ditahan mengaku terima rasuah
BEIJING, SABTU, 26 Oktober, 2013: Seorang wartawan China yang ditahan kerana disyaki merosakkan reputasi perniagaan syarikat kerajaan, hari ini mengaku melalui stesen televisyen negara ini bahawa dia memberi maklumat tidak benar dan menghantar berita tidak tepat yang memfitnah sebuah syarikat kerajaan sebagai balasan kepada rasuah berjumlah 500,000 yuan (RM251,399).

Chen Yongzhou, seorang kakitangan akhbar New Express yang beribu pejabat di Guangzhou berkata, sifat tamak dan keinginan untuk menjadi masyhur mendorongnya mengambil rasuah dan menyiarkan berita yang tidak benar mendakwa berlaku salah laku kewangan membabitkan syarikat pembuat peralatan berat kedua terbesar China, Zoomlion.

Penahanan Chen mengemparkan kalangan pengamal media di China selepas bimbang polis melangkaui bidang kuasa undang-undang dalam jenayah pertikaian sivil.

Chen masih belum didakwa ketika polis masih menyiasat kes itu dan dalam imej oleh China Central Television, lelaki berusia 27 tahun itu dilihat digari dan memakai jaket hijau di pusat tahanan di bandar Changsha, ibu pejabat Zoomlion. - Agensi/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment