My Add

Saturday, 5 April 2014

100 peratus beras tempatan pada 2020 - Ismail Sabri

HANOI, JUMAAT, 04 April, 2014: - Malaysia yakin dapat mencapai sasaran mengeluarkan 100 peratus keperluan beras tempatan menjelang 2020, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, walaupun import beras kini 30 peratus daripada bekalan keperluan beras negara dan meningkat 117,000 tan metrik tahun lalu berbanding 983,000 tan metrik pada 2012, namun usaha ke arah mencapai sasaran itu sedang giat dilakukan.

Tambah beliau, ketika ini Vietnam adalah negara pengeksport beras terbesar ke Malaysia, dengan 764,878 tan metrik bernilai RM1.3 bilion pada 2012 dan 658,120 tan metrik (RM812 juta) tahun lalu.

"Kita hentikan import beras dari Thailand sejak beberapa tahun lalu kerana peningkatan harga, tambahan pula beras Vietnam lebih berkualiti dan murah.

"Dalam hal ini, jika import negara tidak menurun pada setiap tahun, itu suatu petunjuk kegagalan indeks petunjuk utama (KPI) kementerian iaitu 100 peratus pengeluaran beras tempatan menjelang 2020," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment