My Add

Tuesday 29 April 2014

Hishammuddin nafi Jepun mahu tarik diri cari MH370

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan Jepun akan menarik diri daripada misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.

Malah menurut beliau, Jepun berminat untuk menghantar pakar-pakarnya bagi menyertai panel siasatan antarabangsa berhubung insiden kehilangan MH370 yang ditubuhkan Malaysia.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Jepun, Itsunori Onodera di Wisma Pertahanan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment