My Add

Tuesday 29 April 2014

Penggunaan 20 peratus baucar BB1M untuk barang bukan buku dimansuh

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Penggunaan 20 peratus Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) untuk membeli barang lain selain buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah akan dimansuhkan bermula Khamis ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, ia dilaksanakan selepas kementerian itu menerima aduan berhubung penyalahgunaan BB1M untuk pembelian barang bukan akademik.

"Kementerian telah memperkemas garis panduan pemberian BB1M yang berkuat kuasa 1 Mei ini. BB1M hanya untuk pembelian buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja.

"Kelonggaran yang membolehkan mahasiswa menggunakan 20 peratus daripada nilai baucar yang tidak dapat dihabiskan untuk membeli barang lain selain buku adalah dimansuhkan," menurut kenyataan itu.

Kerajaan memperkenal BB1M sejak 2012 bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment