My Add

Tuesday 29 April 2014

Kuala Lumpur bebas sampah haram menjelang hujung tahun

PETALING JAYA, SELASA, 29 April, 2014: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) menyasarkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai kawasan bebas daripada pembuangan sampah haram menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, buat masa ini, PPSPPA telah mengenalpasti kira-kira 140 kawasan pembuangan sampah haram di Kuala Lumpur.

"Perbadanan akan menggunakan pendekatan 'Bersih, Meletakkan Amaran dan Kawalan' bagi mencapai sasaran ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Transformasi Minda Masyarakat anjuran PPSPPA di sini hari ini.

Beliau berkata pendekatan itu terbukti berkesan dan dalam tempoh dua bulan sahaja pihaknya berjaya menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri sifar sampah haram. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment