My Add

Tuesday 29 April 2014

Matrade bawa 35 pempamer Malaysia ke Canton

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan mengetuai 35 syarikat Malaysia ke Canton Fair, yang merupakan pameran terbesar di Guangzhou, China.

"Acara itu menyediakan satu platform yang berkesan untuk syarikat Malaysia berkembang ke pasaran Cina.

"Produk-produk yang akan dipamerkan di Pavilion Malaysia termasuklah makanan dan minuman, barangan isi rumah, tekstil serta pakaian," demikian menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Lebih daripada 120 mesyuarat perniagaan dan mesyuarat bersemuka telah dijadualkan di antara pempamer Malaysia, syarikat-syarikat asing, pengimport China, pengedar dan pelawat perdagangan antarabangsa sepanjang pameran lima hari itu bermula 1 Mei.

Tahun lepas, jualan sebanyak RM170.5 juta berjaya diraih syarikat-syarikat Malaysia yang mengambil bahagian di Pavilion Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment