My Add

Tuesday 29 April 2014

MCA tolak hudud

KUALA LUMPU, SELASA,R 29 April, 2014: MCA menolak rancangan PAS untuk membentang rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat pada Jun ini bagi melaksanakan hudud di Kelantan sambil menyifatkan perkara itu merupakan masalah yang perlu diperlu diperjelaskan lebih terperinci oleh pakatan pembangkang.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) juga perlu mencapai kata sepakat, sama ada mahu menyokong rancangan Pas itu atau tidak.

"Hudud yang mahu dilaksanakan Pas ini tidak sesuai di negara ini kerana boleh menyebabkan keadaan tidak harmoni. MCA berpendirian bahawa rancangan Pas ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden MCA di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment