My Add

Tuesday 29 April 2014

Kerajaan setuju salur RM500 juta Dana Pendidikan Mara

PUTRAJAYA, SELASA, 29 April, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan RM500 juta secara berperingkat bagi penubuhan Dana Pendidikan MARA bernilai RM1 bilion.

Baki RM500 juta pula akan disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Untuk penubuhan dana pendidikan berkenaan, Pelaburan MARA Bhd (anak syarikat Mara) telah diberikan kepercayaan untuk menguruskannya, kata Muhyiddin ketika berucap pada majlis penjenamaan semula identiti korporat Pelaburan MARA Bhd dan pelancaran PMB Tijari Bhd di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment