My Add

Tuesday 29 April 2014

Tindakan tegas kepada kontraktor tidak ikut peraturan keselamatan

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Kementerian Kerja Raya akan mengambil tindakan tegas kepada syarikat kontraktor pembinaan yang tidak mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan pekerja di kawasan pembinaan, bermula minggu hadapan.

Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata, pihaknya akan bergerak aktif untuk memeriksa setiap tapak pembinaan bagi memastikan semua syarikat kontraktor dan pekerja patuh kepada peraturan kesihatan dan keselamatan di kawasan pembinaan.

"Ini merupakan amaran awal kepada semua kontraktor supaya tapak pembinaan mereka mesti sihat dan selamat. Kita akan turun ke lapangan bermula minggu depan dan jika terdapat kontraktor yang tidak patuh, mungkin tindakan tegas akan diambil," katanya dalam Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) 2014 di Dewan Perdana Felda di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment