My Add

Tuesday 29 April 2014

120 PATI ditahan dalam Ops Cantas Khas di Tawau

TAWAU, SELASA,, 29 April, 2014: Polis Tawau menahan sejumlah 120 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Cantas Khas di beberapa kawasan di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi kira-kira pukul 4 pagi itu, sebanyak 73 lelaki dan 47 wanita berumur antara tiga dan 60 tahun ditahan.

"Operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen itu dilakukan dibeberapa tempat termasuklah di kawasan bandar, Batu 10 Jalan Apas, dan Batu Lima Tinagat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Katanya, selain itu pihaknya turut menahan tiga lelaki berusia di antara 21 dan 30 tahun kerana positif dadah dan kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Awang Besar meminta kerjasama dari orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang penempatan pendatang asing di kawasan masing-masing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment