My Add

Tuesday 29 April 2014

Yadim setuju berada dalam jawatankuasa teknikal hudud

KOTA BAHARU, SELASA, 29 April, 2014: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersetuju berada dalam jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan jika ia dibentuk dan Yadim dipelawa untuk menganggotainya.

Yang Dipertua Yadim, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbincangan mengenai hukum hudud yang mahu dilaksanakan PAS Kelantan itu perlu dihalusi melalui jawatankuasa berkenaan dan PAS perlu melihat objektif penubuhannya tanpa sebarang prejudis.

"Yadim, kalau dipanggil, kami akan duduk bersama (jawatankuasa berkenaan). Ini juga peluang terbaik buat dua parti terbesar berada bersama berbincang berkenaan masa depan dan hala tuju Islam di negara ini.

"Jawatankuasa ini bukan nanti kerana asasnya adalah politik tetapi kita nak buat kerana benar-benar mahu melaksanakan hukum Allah itu sendiri. Kalau niat kita betul, Insya-Allah akan dipermudahkan. Kalau salah, akan menjadi fitnah kepada negara dan Islam," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas menteri besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan penubuhan jawatankuasa berkenaan yang disertai oleh pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment