My Add

Tuesday 29 April 2014

Dedahkan TPPA secara terperinci

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 April, 2014:, 2014: Walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi-tahu tidak wujud istilah 'membuli' Malaysia berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), namun perkara itu masih lagi menjadi keraguan sesetengah pihak khususnya dalam kalangan penganalisis ekonomi.

Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Amir Baharuddin beranggapan, TPPA boleh mengundang bahaya kepada negara sekiranya ia ditandatangani tanpa memperhalusi dan mengkaji secara menyeluruh kandungannya.

"Perkara sebegini yang menjadi kerisauan semua pihak termasuk rakyat kerana kan-dungan yang terdapat di dalam sebuah naskhah khas TPPA masih belum didedahkan kepada umum. Pihak kerajaan perlu menilai terlebih dahulu baik buruk TPPA sebelum membuat sebarang perjanjian.

"Tambahan pula, beberapa kandungan yang dikenalpasti terdapat dalam TPPA juga lebih memburukkan negara terutamanya dalam soal undang-undang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Amir berkata, perkara ini juga berkemungkinan akan meme-cahbelahkan negara-negara rantau ASEAN kerana tidak semua negara tersebut menyertai TPPA.

"Perkara ini juga perlu difikirkan agar tidak timbul sebarang konflik di antara negara-negara ASEAN pada masa akan datang," katanya.

Bagaimanapun, menurut pensyarah kanan Pengurusan Strategik Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Penganalisis Ekonomi, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah, TPPA turut membawa kesan positif kepada negara khususnya dalam sektor ekonomi kerana menggunakan dasar perdagangan terbuka.

"Peluang ini yang perlu direbut bagi sesebuah negara membangun bagi memacu peningkatan ekonomi sekali gus membawa kepada pertumbuhan pendapatan negara yang lebih stabil pada masa akan datang," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment