My Add

Tuesday 29 April 2014

Pendaftaran biometrik visa rakyat Malaysia ke India ditangguh

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 April, 2014: Peraturan yang memerlukan pendaftaran biometrik untuk rakyat Malaysia yang memohon visa ke India ditangguh selama sebulan berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Pertama (Politik dan Penerangan) Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, K.N Ramachandran berkata, keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, T.S Tirumurti selepas satu pertemuan beliau bersama beberapa wakil tertinggi MIC di sini semalam.

"Kami faham timbul masalah di kalangan masyarakat India sepanjang proses permohonan, selepas perbincangan ... peraturan ini ditangguhkan selama sebulan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini portal sesawang www.indiavisa.com.my menyatakan setiap pemohon visa untuk ke India perlu ke Pusat Visa bagi pendaftaran biometrik dan peraturan ini terpakai untuk semua kategori visa termasuk untuk pelancongan dan perniagaan.

Polisi yang berkuat kuasa mulai 1 April, tahun ini turut mensyaratkan agensi pelancongan atau lain-lain wakil tidak boleh menghantar permohonan bagi pihak pemohon. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment