My Add

Tuesday 29 April 2014

Khidmat urut selepas bersalin di Hospital Kepala Batas

KEPALA BATAS, SELASA, 29 April, 2014: Hospital Kepala Batas di sini akan menyediakan perkhidmatan urut selepas bersalin untuk mereka yang memerlukan rawatan susulan mulai tahun depan.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr. Lailanor Ibrahim berkata, perkhidmatan percuma itu juga merupakan sebahagian usaha mempertingkatkan peranan Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari HKB.

Bagi tujuan itu, katanya, pihak jabatan akan menempatkan pengamal urut profesional yang bertauliah dengan pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun.

"Tukang urut wanita itu akan berkhidmat secara kontrak di unit itu dan bilik bagi tujuan itu sedang diubah suai.

"Buat masa ini Jabatan Kesihatan negeri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sedang mencari mereka yang layak," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Fiqh Perubatan dan Perubatan Komplementari Peringkat Kebangsaan 2014, di sini hari ini.

Beliau mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bagi merasmikan konvesyen tahunan berkenaan.

Lailanor berkata ketika ini, seorang pengamal akupuntur dan dua pengamal herba onkologi ditugaskan di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari yang merawat antara 12 hingga 17 pesakit sehari. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment