My Add

Saturday 19 April 2014

15 jemaah umrah negatif jangkitan MERS-CoV, kata Subramaniam

KUALA LUMPUR, SABTU, 19 April, 2014: Pemeriksaan ke atas 15 jemaah umrah yang pulang dari Tanah Suci bersama-sama seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia akibat `Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona' (MERS-CoV), menunjukkan mereka negatif daripada jangkitan wabak itu.

``Tidak ada kes lain. Semua yang diperiksa adalah negatif,'' kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam kepada pemberita selepas merasmikan program kesihatan masyarakat MySihat India 1Malaysia 2014 di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata kementerian akan terus memantau rapi kesemua jemaah terbabit bagi tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Pada 13 April lepas, seorang lelaki berusia 54 tahun dari Batu Pahat, Johor meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail akibat pneumonia teruk susulan jangkitan MERS-CoV.

Mangsa pulang ke tanah air pada 29 Mac dan mengadu mengalami demam, batuk serta kesukaran bernafas selepas kira-kira 10 hari kemduain dan dimasukkan ke hospital berkenaan pada 10 April.

Sementara itu, mengulas program hari ini, Subramaniam berkata terdapat keperluan yang tinggi untuk mempertingkat kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat India di Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment