Oleh ASSIM HASSAN
![]() |
| Gao Hua Yuan, Marcy Dayawan |
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemasukan tujuh individu menaiki sebuah bot dengan mudah ke perairan resort berkenaan dilakukan oleh individu yang benar-benar mahir dengan selok belok kawasan tersebut.
Sistem keselamatan dan halangan di sekeliling pusat peranginan itu sangat ketat dengan meletakkan tali rentang halangan supaya tidak mudah dimasuki bot-bot luar.
Namun, kita percaya hanya individu yang mahir mengetahui kawasan berkenaan sekali gus masuk mengikut alur-alur halangan hingga membolehkan enjin bot tidak tersangkut pada tali penghalang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam tadi, Gao Hua Yuan bersama seorang wanita pekerja resort, Marcy Dayawan @ Mimi diculik tujuh lelaki menaiki sebuah bot di resort berkenaan.
Tambah Hamza, siasatan awal pihaknya percaya kejadian itu bermotifkan culik untuk mendapatkan wang tebusan, namun masih terlalu awal untuk mengklasifikasikan motif itu kerana tiada sebarang tuntutan dibuat oleh mana-mana kumpulan.
Ditanya sama ada kumpulan tersebut terdiri daripada Kumpulan Abu Sayyaf, Hamza menjelaskan, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan militan berkenaan.
Namun, kita harus faham, apabila kumpulan ini menculik untuk mendapatkan wang yang banyak, ada kemungkinan mereka menjual tebusan kepada mana-mana kumpulan termasuk Abu Sayyaf bagi mendapatkan wang itu.
Buat masa ini, kita percaya mereka tiada kaitan dengan Abu Sayyaf," ujarnya.
Hamza menambah, pihaknya juga percaya kedua-dua mangsa tidak berada di Semporna atau negeri ini sebaliknya telah dilarikan ke perairan selatan Filipina. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment