My Add

Friday 18 April 2014

Bekas pengacara TV RTM Taufik Latif meninggal dunia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 April, 2014: Bekas pengacara rancangan televisyen RTM, Taufik Latif meninggal dunia pada usia 69 tahun kerana serangan penyakit jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) di sini pada pukul 11.45 malam tadi.

Allahyarham yang merupakan bekas pengacara pertandingan Bakat TV pertama di RTM pada awal tahun 1970-an meninggalkan seorang anak, Anisah Taufik, 35, manakala isteri beliau Aminah Mohd. Zain telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu.

Allahyarham berasal dari Gombak, Selangor merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik dan jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves di sini sebelum solat Jumaat hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment