My Add

Saturday, 5 April 2014

MH370: Malaysia anjur mesyuarat pakar tingkat teknologi kotak hitam

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 April, 2014: Malaysia akan menganjurkan mesyuarat pakar teknologi maklumat dalam industri penerbangan bulan depan bagi mencari jalan membolehkan maklumat daripada kotak hitam sesebuah pesawat disalur terus ke pusat pangkalan data bumi.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, mesyuarat itu akan membincangkan kaedah bagi menaik taraf sistem kotak hitam tersebut.

Mesyuarat itu yang belum ditentukan tarikh, diketuai dan diselenggara oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan disokong sepenuhnya oleh MCMC.

"Malaysia menjadi negara pelopor untuk mesyuarat itu dan berharap ada input baik diterima memandangkan ITU sendiri mempunyai keanggotaan 190 negara," katanya kepada Bernama hari ini.

Penganjuran seminar itu susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan sehingga kini usaha mengesan pesawat tersebut yang sistem komunikasi dan transpondernya dimatikan secara sengaja, menemui jalan buntu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment