My Add

Friday 25 April 2014

MH370: Operasi mencari disambung pada hari ANZAC

PERTH, JUMAAT, 25 April, 2014: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 diteruskan pada Jumaat ketika rakyat Australia menyambut ulang tahun ke-99 Hari ANZAC, iaitu hari memperingati tentera Australia dan New Zealand.

Ia merupakan hari peringatan yang diadakan setiap tahun untuk menghargai anggota tentera yang pernah berkhidmat dan terkorban dalam semua peperangan, konflik dan operasi pengaman.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, lapan pesawat tentera dan 10 kapal telah disiapkan untuk menyertai pencarian MH370 yang memasuki hari ke-49.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah merancang mencari secara visual meliputi kawasan kira-kira 49,240 kilometer persegi berpusat sekitar 1,584 km ke utara barat Perth, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

``Ramalan cuaca untuk hari ini adalah hujan sekejap-sekejap dengan tiupan angin timur tenggara dengan kelajuan sehingga 25 knot, ombak bergelora setinggi tiga meter dan jarak penglihatan satu kilometer dalam ribut petir manakala tiga kilometer dalam hujan,'' menurut kenyatan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment