Misi mencari MH370 diteruskan di hari ke-27
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 April, 2014: Operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang masuk hari ke-27 hari ini, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer (km) persegi, kira-kira 1,680 km di barat laut Perth, Australia.
Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata, sebanyak lapan pesawat dan sembilam kapal akan membantu dalam misi pencarian hari ini.
"Sebuah daripada pesawat itu ditugaskan untuk menggugurkan boya penanda datum
yang dilengkapi alat khas untuk mengesan lokasi pesawat itu di kawasan pencarian," menurutnya.
JACC dilancarkan pada 1 April di Perth bagi menyelaraskan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.
Menurut kenyataan itu, keadaan cuaca hari ini dijangka cerah dengan jarak penglihatan kira-kira 10 kilometer, dan hujan sekejap-sekejap diramal berlaku di
kawasan selatan Lautan Hindi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment