My Add

Friday, 4 April 2014


Penangguhan promosi TMM 2014 jejas sasaran


Oleh Nur Hanani Azman

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 April, 2014: Penangguhan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) boleh menjejaskan sasaran kerajaan terhadap ketibaan pelancong asing sebanyak 28.8 juta orang.

Kenanga Research dalam nota penyelidikannya berkata, langkah kerajaan itu agak mengejutkan tetapi pihaknya memahami keputusan Putrajaya yang menangguhkan promosi di China sebagai menghormati keluarga penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Walau bagaimanapun, Kenanga Research berpendapat perjalanan udara akan masih disokong oleh permintaan domestik.

“Kami percaya pelancongan tempatan masih lagi berdaya tahan berikutan permintaan tinggi terhadap perjalanan domestik, disokong persaingan sengit dalam kalangan syarikat penerbangan.

“Malaysia Airports Holding Bhd. (MAHB) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 20 peratus dalam jumlah penumpang domestik pada 2013 iaitu meningkat kepada 41.3 juta daripada 34.4 juta," katanya.

Menurutnya, AirAsia Bhd. diyakini berupaya bertahan lebih lama berbanding pemain industri yang lain kerana struktur kos dan laluan domestik yang luas.

Kenanga Research mengekalkan penarafan ‘mengatasi terhadap AirAsia pada RM2.46 (pada 21 Mac lalu) dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.01. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment