Pencarian di dasar laut
SYDNEY, JUMAAT, 04 April, 2014: Operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini tertumpu di dasar Lautan Hindi.
Menurut Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston, kapal tentera laut milik Australia dan Britain yang terlibat dalam operasi itu akan menggunakan peralatan pengesan sonar bagi mendengar isyarat daripada kotak hitam pesawat berkenaan.
Tambahnya, kapal-kapal berkenaan telah dikerah untuk mencari pada keluasan 240 kilometer (km) selain turut menumpukan operasi di dasar laut untuk mengesan bunyi ping daripada perakam kotak hitam itu.
Katanya, kapal Ocean Shield milik Australia menunda alat pengesan isyarat tentera laut Amerika Syarikat (AS) dengan kelajuan hanya lima kilometer sejam manakala kapal hidrografi Tentera Laut Diraja British, HMS Echo mempunyai peralatan pengesan sensitif dasar laut.
Bateri kotak hitam dijangka mampu bertahan sehingga Isnin ini namun kemungkinan juga boleh bertahan hingga pertengahan bulan ini," katanya.
Tambah Houston, operasi pencarian pesawat yang hilang hampir empat minggu itu melibatkan dua kapal selam selain empat pesawat komersial dan 10 kapal terbang tentera.
Sementara itu, tiga pesawat komersial dikhaskan untuk sukarelawan Australia yang akan bertindak sebagai pemerhati sementara pesawat keempat dijadikan sebagai geganti komunikasi," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kapal frigat dari Malaysia akan tiba di lokasi pencarian esok manakala frigat Australia akan menyertai operasi dalam masa empat hari lagi.
Kenyataan JACC hari ini memberitahu kapal HMS Echo mengesan amaran pada Khamis lalu semasa operasi pencarian namun bunyi tersebut bukan dari kotak hitam pesawat MH370 yang hilang itu.
Bunyi dari ikan paus atau kapal-kapal lain boleh mencetuskan amaran pada alat penerima sensitif sonar," jelasnya.
Tambahnya, operasi pencarian yang melibatkan beberapa negara itu tertumpu di Lautan Hindi dengan keluasan pencarian meliputi 217,000km persegi yang kini beralih sedikit ke utara dari zon pencarian sebelum ini. - AGENSI/UTUSAN
No comments:
Post a Comment