My Add

Thursday 17 April 2014

Polis tumpas sindiket 'black money', tahan dua warga asing

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 April, 2014: Polis menumpaskan satu sindiket “black money” dengan menahan seorang lelaki warga Afrika dan seorang wanita Filipina serta merampas wang palsu yang dianggarkan bernilai RM3.2 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, kedua suspek itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar ibu kota Selasa lepas.

Menurut Izany, lelaki Afrika berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini setelah pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita tempatan yang mencurigai tawaran yang diberikan oleh suspek itu.

"Pengadu mengenali suspek itu melalui Facebook sebelum bercadang untuk bertemu dengan membawa beberapa individu yang berminat dalam bidang pelaburan itu.

Susulan itu, polis menyerbu hotel tersebut sebelum merampas tiga keping not RM50 dan peralatan mencuci wang yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment