My Add

Thursday 17 April 2014

STING tumpaskan satu lagi sindiket dadah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 April, 2014: Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket dadah yang direkodkan terbesar tahun ini melibatkan rampasan syabu bernilai RM18 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, lima lelaki termasuk seorang warga Singapura berusia 21 hingga 58 berjaya ditahan dan syabu seberat 125 kilogram turut dirampas menerusi tiga serbuan yang dilakukan di Subang Jaya dan Melaka, Selasa lalu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment