My Add

Tuesday, 1 April 2014

Tanding Presiden PKR: Anwar mahu Reformasi II mudah dilaksanakan?

PETALING JAYA, SELASA, 01 April, 2014: Keputusan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai presiden parti itu dalam pemilihan pucuk pimpinan kali ini dilihat sebagai satu strategi untuk memudahkan rancangan Reformasi II dilaksanakan.

Presiden Pertubuhan Muda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishna Naidu berkata, strategi itu sudah dapat dibaca dari awal lagi ekoran segala perancangan Anwar digagalkan oleh kerajaan.

Katanya Anwar kali ini dilihat sengaja menentang arus meskipun mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.-UTUSAN ONLINE. 

No comments:

Post a Comment