My Add

Monday 21 April 2014

Tiga lemas dalam kejadian berasingan di Kuantan

KUANTAN, AHAD, 20 April, 2014: Tiga mati lemas dalam dua kejadian berasingan di Pusat Rekreasi Pantai Balok dan Teluk Chempedak di sini hari ini.

Dalam kejadian pertama, kegembiraan empat rakan yang mandi di Pantai Balok berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas dalam kejadian pukul 4.20 petang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan berkata, mangsa ialah Aman Ahmad, 24, dari Felda Bukit Kuantan dan Wan Mohd. Akram Wan Yusof, 25, dari Felda Bukit Goh di sini.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka, Muis Md. Nor, 21, dari Felda Bukit Kuantan di sini sempat diselamatkan oleh pengawal pantai dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian kedua pula, seorang pelajar tingkatan dua, Tan Chi Kit, 14, ditemui mati lemas semasa mandi bersama beberapa rakannya di Pantai Teluk Chempedak di sini, kira-kira pukul 4 petang.

Mayat mangsa berjaya ditemui oleh anggota penyelamat kira-kira pukul 7.10 malam. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment