My Add

Wednesday 14 December 2011

100 wartawan berhimpun bantah pembunuhan rakan di Honduras

TEGUCIGALPA, RABU, 14  Disember, 2011: 
PASUKAN keselamatan Honduras menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan demonstrasi membabitkan kira-kira 100 wartawan kerana membantah pembunuhan rakan mereka, dua tahun lalu.

Tentera Honduran yang juga anggota pengawal Presiden bertempur dengan penunjuk perasaan di luar istana presiden di timur bandar Tegucigalpa, di sini, semalam.

Mereka duduk dan baring di atas tanah di depan istana untuk menuntut keadilan rakan-rakan mereka yang terbunuh sejak 2010 ketika sedang bertugas.
Jurucakap Presiden, Porfirio Lobo, berkata siasatan akan dibuka untuk menyiasat penggunaan gas pemedih mata berkenaan. 

"Kami membantah pembunuhan itu dan tidak berpuas hati apabila pasukan keselamatan melepaskan sewenang-wenangnya semua kes ketika mereka mencampakkan bom gas pemedih mata," kata penganjur, Pety Sierra kepada agensi berita AFP. - AFP

No comments:

Post a Comment