My Add

Friday 30 December 2011

264,000 ahli PBSMM sedia digerak hadapi fenomena banjir

KUANTAN, JUMAAT, 30 Disember, 2011: Seramai 264,000 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) seluruh negara bersedia menghulurkan bantuan bagi menghadapi bencana terutama fenomena banjir yang berlaku di Pahang, Johor dan Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Kebangsaan dan Ambulans, Datuk Wira Dr. Bahari Abu Mansor berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,650 adalah pasukan bantuan sukarela serta bersedia membantu dan menyelamat pada bila-bila masa.

“Seramai 2,000 ahli terdiri daripada mereka yang terlatih dan mampu tiba di lokasi kejadian dalam tempoh sekurang-kurangnya dua jam selepas bencana.

“Justeru, satu pasukan khas yang dikenali sebagai Pasukan Gerak Cepat (PGC) akan diwujudkan bagi memudahkan lagi bantuan disalurkan,” katanya di sini semalam.

Menurut Bahari, PGC yang dianggotai sekurang-kurangnya 20 orang bertanggungjawab membantu, menyelamat dan menyediakan makanan kepada mangsa bencana alam.

“Pada masa kini terdapat beberapa negeri yang belum menubuhkan PGC dan kita mensasarkan sehingga Julai tahun depan semua negeri mewujudkannya,” jelasnya.

Tambah beliau, PGC itu berupaya menyediakan makanan iaitu memasak untuk 500 mangsa banjir dalam tempoh 30 minit sahaja.

“Selain mampu tiba dilokasi dalam tempoh dua jam selepas bencana, PGC juga boleh memasak untuk 500 orang dalam masa yang singkat.

“Mereka juga akan bertindak menasihati mangsa-mangsa yang berada dalam ketakutan atau trauma akibat bencana alam,” jelasnya. - UM

No comments:

Post a Comment