My Add

Friday 30 December 2011

Projek angpau RM100 untuk veteran MCA berjalan lancar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 Disember, 2011: Proses projek angpau RM100 “Penghargaan Kepada Veteran MCA” berjalan lancar, kata Setiausaha Penganjur Kebangsaan MCA Datuk Tee Siew Kiong.

"Setakat ini kami menerima respons menggalakkan iaitu jauh lebih tinggi daripada jangkaan Jawatankuasa Pusat parti dan ini menunjukkan anggota MCA bersatu padu dalam menunjukkan kecintaan dan kesetiaan kepada parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Saya amat menghargai staf ibu pejabat dan setempat dan juga semua anggota parti bagi kerja keras dan kerjasama mereka dalam memastikan kejayaan projek ini,” katanya.

Menurutnya amat mengujakan apabila melihat ahli veteran datang ke pejabat-pejabat MCA di seluruh negara untuk mengemas kini maklumat dan bertanyakan mengenai projek angpau itu.

Pada 22 November lepas, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumumkan pemberian sumbangan itu kepada kira-kira 300,000 anggota veteran MCA, berumur 60 tahun dan ke atas, sebagai menghargai sumbangan mereka kepada parti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment