KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 Disember, 2011: Stesen televisyen berkonsepkan Islam, TV AlHijrah, akan memanjangkan waktu bersiaran dengan memulakan siaran pada 6 pagi bermula 1 Januari ini, bagi memenuhi permintaan penonton.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda berkata penambahan waktu siaran daripada 12 jam sehari kepada 18 jam itu juga susulan sambutan baik penonton sejak stesen tersebut dilancarkan setahun lalu menerusi saluran Astro.
"Dengan siaran awal pagi penonton dapat mengikuti banyak rancangan menarik yang penuh dengan bimbingan agama, kerohanian dan motivasi seperti 30 Minit Ustaz Don dan Reflections seawal 6 pagi hingga 8 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Katanya program di TV AlHijrah lebih kepada cara hidup dan pengukuhan nilai-nilai moral.
Bukhari berkata beberapa rancangan juga telah diubah siaran kepada waktu perdana bagi memberi peluang kepada lebih ramai penonton mengikuti rancangan itu bersama keluarga. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment