My Add

Friday, 30 December 2011

Malaysia masih bebas selesema burung: Ketua Pengarah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 Disember, 011: Malaysia masih bebas daripada penyakit selsema burung sejak 2 September 2007, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin.

Beliau berkata tiada virus selsema burung dikesan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berdasarkan ujian ke atas 15,401 sampel.

"Kesemuanya adalah negatif dan tiada tanda-tanda jangkitan virus itu pada ternakan unggas di Malaysia. Semua daging ayam dan itik serta telur di pasaran adalah selamat dimakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata JPV sentiasa menjalankan pemantauan di ladang ayam komersil, rumah sembelih, pasar basah, kedai burung juga ayam serta burung liar.

Bagi menghadapi kemungkinan berlaku penularan semula wabak itu di Asia Tenggara, JPV sentiasa menjalankan survelans dan program peningkatan kompetensi menangani penyakit itu, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment