My Add

Thursday 29 December 2011

Kempen bebas Anwar: NGO Pahang buat laporan polis

KUANTAN, KHAMIS, 29 Disember, 2011: Sebelas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pahang hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan “Bebas Anwar” pada 9 Jan ini.

Jurucakap kepada NGO berkenaan, Ngah Ismail yang juga Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah (Pekida) daerah Kuantan berkata, laporan berkenaan dibuat bagi membantah dan menghalang kempen ‘Bebas Anwar 901’ yang dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh.

Mahkamah akan mengumumkan keputusannya pada 9 Jan ini sama ada Anwar bersalah atau tidak dalam kes itu.

"Perhimpunan itu dilihat seolah-olah negara kita tiada undang-undang.

"Ia juga bakal mengundang risiko berlakunya huru-hara, kacau bilau,” kata Ngah ketika ditemui di perkarangan ibu pejabat polis daerah Kuantan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa harus bertindak tegas dengan menghalang perhimpunan itu diadakan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment