My Add

Friday, 30 December 2011

RapidKL perkenal token merah bagi warga emas 1 Januari

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 Disember, 2011: RapidKl memperkenalkan token merah bagi warga emas yang membolehkan mereka menikmati tambang konsesi atau diskaun 50 peratus bagi tiket Aliran Transit Ringan (LRT) bermula 1 Januari ini. 

Pengarah Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) bagi Divisyen Rel, Khairani Mohamed, berkata pengguna berusia 60 tahun ke atas juga akan menikmati tambang separuh harga bagi perkhidmatan KL Monorel.

"Token merah bagi perjalanan sehala ini juga ditawarkan untuk golongan kurang upaya," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Khairani berkata, buat masa ini, token LRT dan tiket separuh harga monorel itu hanya boleh dibeli di kaunter tiket. 

Beliau turut menasihati warga emas agar menggunakan Kad Warga Emas RapidKL bagi mengelakkan mereka berbaris membeli token berkenaan. 

"Bagi yang masih belum memilikinya, mereka boleh memohon kad itu di Stesen LRT Pasar Seni secara percuma," katanya. 

Beliau berkata, warga emas terbabit hanya perlu membawa kada pengenalan diri atau MyKad, salinan MyKad dan melengkapkan borang permohonan di kaunter di stesen berkenaan. 

Bagi OKU pula, mereka perlu menunjukkan kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment