My Add

Friday 30 December 2011

Aduan Karpal Singh hakim tiada merit: Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria hari ini menolak aduan yang mengaitkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada 2000 kerana ianya tidak mempunyai merit. 

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Hakim Negara, keputusan itu dicapai selepas siasatan dan perbincangan diadakan dengan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan dan setelah berbincang dengan Presiden Mahkamah Rayuan menurut Seksyen 13 (1) Kod Etika Hakim 2009, Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa dakwaan plagiarisma oleh Hakim Mahkamah Rayuan seperti yang dibangkitkan oleh Karpal Singh tidak mempunyai merit dan aduan tersebut ditolak," kata kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Pegawai Khas I kepada Arifin, Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Beliau berkata, Ketua Hakim menerima satu surat aduan bertarikh 29 September lalu daripada Karpal yang mendakwa seorang Hakim Mahkamah Rayuan memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura. 

Che Wan Zaidi berkata, Karpal dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu melalui surat daripada Pejabat Ketua Hakim Negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment