My Add

Thursday, 29 December 2011

RCI peluang untuk nyatakan pandangan - Bernard Dompok

KOTA KINABALU, KHAMIS, 29 Disember, 2011: Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok menasihatkan mereka yang menentang penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Haram dan Dokumen Kerakyatan palsu di Sabah menganggap RCI sebagai peluang untuk melahirkan pandangan mereka.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, RCI perlu bagi mencari penyelesaian terhadap isu pendatang haram yang lama berlarutan di Sabah.

"Kita hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Jadi setiap orang berhak menyatakan pandangannya.

"Pembentukan RCI adalah untuk menangani isu-isu yang menyentuh masyarakat dari segi hal-hal sosial, politik dan keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penanam lada hitam di Penampang, dekat sini hari ini.

Dompok mengulas bantahan Kebajikan Islam Sabah dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Putra Ranau yang berpangkalan di Sandakan, mengenai penubuhan RCI. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment