My Add

Friday 30 December 2011

Bergerak dalam satu pasukan: Shahrizat

KOTA KINABALU, JUMAAT, 30 Disember, 2011: Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) Sabah diingatkan supaya bergerak dalam satu pasukan berlandaskan semangat 1Malaysia bagi mendekati pengundi bagi menjamin kemenangan parti pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, untuk mengekalkan kemenangan jentera parti-parti komponen tidak boleh berkempen untuk parti sendiri sahaja tetapi turut perlu membantu parti lain dan mendampingi semua pengundi.

“Saya amat berpuas hati dengan kerjasama, komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh Wanita BN Sabah. Kecemerlangan ini perlu diteruskan lagi dengan menjadi bala tentera terbaik kepada jeneral parti iaitu Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh kepimpinan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir majlis Taklimat Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Sabah di sini semalam.

Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Armani Mahiruddin serta pemimpin Wanita parti-parti komponen serta jentera Wanita BN dari seluruh Sabah. - UM

No comments:

Post a Comment