My Add

Friday 30 December 2011

Banjir: Keadaan di Pahang pulih, Johor terkawal

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 Disember, 2011: Keadaan kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Johor dan Pahang beransur pulih setakat pagi ini dengan kebanyakan mangsa kembali ke rumah masing-masing. 

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di enam pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di Segamat kekal 241 orang daripada semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sehingga jam 8 pagi, enam pusat pemindahan itu menempatkan 58 keluarga dari Kampung Spangloi, Kampung Batu Badak, Kampung Sanglang, Kampung Pogoh, Kampung Tandong dan Kampung Kuala Paya.

Sementara itu, di PAHANG, semua mangsa banjir yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Gadak, Rompin dibenarkan pulang malam tadi. 

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, seramai 15 orang yang ditempatkan di balai raya terbabit dibenarkan pulang pada jam 8 malam selepas keadaan banjir di penempatan mereka pulih daripada fenomena air pasang. 

"Mangsa di kawasan penempatan itu merupakan mangsa pemindahan terakhir manakala di kawasan lain tidak membabitkan pemindahan baru," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment