My Add

Thursday, 29 December 2011

Kor Ming lapor polis dakwa terima ugutan bunuh

IPOH, KHAMIS, 29 Disember, 2011: Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh serta sebutir peluru hidup dalam sepucuk surat yang diposkan ke alamat rumah ibunya di Ayer Tawar, kira-kira 70 kilometer dari sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, Kor Ming bersama peguamnya dan pemimpin DAP lain membuat laporan polis pada 10.30 pagi tadi.

"Walaupun laporan telah dibuat di sini, tetapi siasatan akan dilakukan oleh Balai Polis Ayer Tawar di mana kejadian itu berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Kor Ming berkata, beliau membuat laporan polis kerana surat tersebut mengandungi ugutan jenayah yang mengancam keluarganya.

"Tidak wajar ugutan diterima oleh ibu kerana dia tidak terlibat langsung dalam politik. Ini kali pertama saya terima ugutan bersama peluru hidup ini. Surat ini dipercayai dari Manjung berdasarkan cop pada sampul surat berkenaan,” katanya.

Kor Ming, juga Ahli Dewan Undangan Pantai Remis berkata, beliau memandang serius perkara itu dan meminta jika terdapat sebarang selisih faham dengan mana-mana pihak, ia perlu diselesaikan secara demokrasi. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment