My Add

Friday 30 December 2011

Zaid Ibrahim, Tony Pua dipelawa bertemu

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempelawa Datuk Zaid Ibrahim untuk ‘duduk semeja’ menjelaskan isu pembelian enam kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang didakwa dibuat melalui orang tengah.

Selain Zaid selaku Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu, turut dipelawa ialah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang sebelum ini lantang mempertikai keputusan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara.

Ahmad Zahid berkata, kedua-dua individu berkenaan perlu tampil bertemu beliau bersama bukti agar mereka serta rakyat tidak mendapat maklumat yang salah mengenai isu berkenaan.

Katanya, Kementerian Pertahanan terbuka untuk menjawab apa jua persoalan termasuk dakwaan Tony Pua yang mengatakan kos membina kapal tempur pesisir pantai (LSC) melambung kepada RM9 bilion daripada RM6 bilion.

‘‘Dari mana dia (Tony Pua) dapat jumlah itu? Dari Dr. Kua Kia Soong (Pengarah Suara Rakyat Malaysia-Suaram)? Dia sepatutnya jumpa saya. Jangan takut dengan saya. Saya bukannya singa atau buaya.

‘‘Begitu juga dengan Zaid. Boleh datang jumpa dan saya akan terangkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Dataran Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahmah, di sini semalam. - UM

No comments:

Post a Comment