My Add

Friday 30 December 2011

Sampan dinaiki tiga kanak-kanak ditemui terbalik di Gerik

GERIK, JUMAAT, 30 Disember, 2011: Operasi mencari dan menyelamat tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dikhuatiri lemas yang disambung pagi ini menemukan sampan dinaiki mangsa dalam keadaan terbalik kira-kira 1.5 kilometer dari jeti Kampung Bukit Marikan, di sini. 

Jurucakap Bomba dan Penyelamat bagaimanapun berkata, setakat ini nasib kanak-kanak itu belum diketahui.

Ketiga-tiga mereka ialah Adham Ruzai, 8; abangnya, Amir, 11; dan sepupu mereka, Mohd Saiful Haikal Dahari, 8, dilihat menaiki sampan itu tanpa pengetahuan keluarga petang semalam.

No comments:

Post a Comment