My Add

Friday 30 December 2011

Ahli perniagaan hadapi dua tuduhan menipu Pengarah NFC


AHLI perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, (dua dari kanan) dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas dua tuduhan berasingan menipu Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat sehingga mangsa menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta, antara November dan Disember tahun lalu. - Foto Mohd Fadli Hamzah


KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 Disember, 2011: Ahli perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan berasingan menipu Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat sehingga mangsa menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta, antara November dan Disember tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan berkenaan.

Bagi setiap tuduhan, Shamsulbahrin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment