My Add

Tuesday 20 December 2011

106 wartawan terbunuh

GENEVA, SELASA, 20 Disember, 2011: Sekurang-kurangnya 106 wartawan dilaporkan terbunuh ketika menjalankan tugas di kawasan bergolak sepanjang tahun ini dengan 20 orang di antara mereka membuat liputan di kebangkitan Revolusi Arab, jelas satu kumpulan media bebas hari ini.

Pertubuhan bukan kerajaan itu yang dikenali sebagai Press Emblem Campaign (PEC) yang berpejabat di Geneva berkata, lebih 100 wartawan diserang, diugut, ditangkap dan dicederakan di beberapa negara termasuk Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan Yaman.

Bagaimanapun, Mexico dan Pakistan dilaporkan dua negara yang paling berbahaya bagi wartawan untuk bekerja di sana. - AFP

No comments:

Post a Comment