My Add

Wednesday 7 December 2011

235,908 diisytiharkan bankrap setakat Oktober 2011

KOTA KINABALU, RABU, 07 Disember, 2011: SETALAT Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat.

"Ini meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari.

"Bagaimanapun, keadaan ini belum mencapai tahap yang membimbangkan. Ini kerana di negara lain termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Thailand mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan pelepasan daripada kebankrapan secara automatik bagi tempoh tertentu.

“Sebab itu jumlah kes kebankrapan di negara tersebut agak rendah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dialog berkaitan insolvensi di Kompleks Pentabdiran Persekutuan di Likas, semalam.

Abdul Karim berkata, sejak tahun 2005 hingga Oktober tahun ini, sejumlah 14,000 kes berjaya dilepaskan daripada bankrap atas budi bicara Ketua Pengarah JIM. – Bernama

No comments:

Post a Comment