My Add

Sunday 11 December 2011

6 pengamal media terima anugerah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

KLANG, AHAD, 11 Disember, 2011:
PENGERUSI Kumpulan Karangkraf, Fikry@Fickry Yaacob adalah antara enam pengamal media yang menerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Beliau menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk iaitu Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS).

Manakala Ketua Pengarang Ch-9 Media Sdn Bhd (TV9), Mohd Lokman Hamidi menerima anugerah darjah Ahli Mahkota Selangor (AMS).
Ketua Biro Selangor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Muammar Kamarudin adalah antara empat pengamal media yang menerima Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS).

Turut menerima anugerah itu ialah Ketua Biro Selangor Berita Harian, Wan Ahmad Jailani Wan Abdul Razak; Editor Sinar Harian Edisi Selangor/Kuala Lumpur, Khairul Amri Yasin dan Penolong Pengarang Pemprosesan Utusan Malaysia, Nor Sedek Ismail.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Muammar berkata anugerah itu adalah satu penghargaan kepadanya dan pengamal media lain.

Pada majlis di Istana Alam Shah itu, Sultan Selangor berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 110 daripada sejumlah 113 penerima.
Nenda baginda, Tengku Arif Temenggong Selangor Tengku Muhamad Yusof Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah mengetuai senarai penerima dengan dianugerahi Darjah Kerabat II (DK II).

Tahun ini, genap 10 tahun Sultan Sharafuddin Idris Shah memerintah Selangor. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment