My Add

Friday 23 December 2011

Bas bertingkat tak selamat untuk perjalanan jauh

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 Disember, 2011: Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati penggunaan bas bertingkat tidak selamat dan sesuai bagi perjalanan jarak jauh terutama di laluan yang berselekoh serta sempit kerana ia mempengaruhi kestabilan bas dan berisiko mengakibatkan kemalangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, bas bertingkat hanya sesuai digunakan di laluan yang selesa seperti di kawasan bandar atau di lebuh raya dan bukannya di kawasan berselekoh serta berbukit.

"Penggunaan bas ‘double decker’ di kawasan bergunung-ganang dan bercerun seperti di Sabah, Sarawak, Cameron Highlands kurang sesuai kerana ia akan memberi kesan tidak baik terhadap bas yang berbadan lebih tinggi,” katanya.

Abdul Rahim berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) wajar menentukan semula laluan yang boleh menggunakan bas jenis itu bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

"Kebenaran untuk menggunakan kenderaan itu juga tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan sewajarnya dari bahagian kejuruteraan automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain pemeriksaan teknikal oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom),” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment